(TESL 1 SELEPAS MENJALANKAN UJIAN SEGAK DAN BLEEP TEST)
Ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan ujian kecergasan yang penting
dalam Kursus Kesihatan dan Kecergasan
Diri (GKK 1043). Kursus ini merupakan satu kursus generik yang wajib diambil
oleh semua siswa guru tahun pertama di Institut Pendidikan Guru (IPGM). Ujian
ini bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu keupayaan
sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan pelajar melakukan
setiap aktiviti atau ujian dengan baik dan betul. Pada 11 September 2019, unit
TESL 1 telah menjalankan ujian post. Ujian SEGAK terdiri daripada lima ujian
iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), naik
turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Ujian ini
juga bertujuan untuk menguji lima aspek kecergasan diri iaitu komposisi badan,
daya tahan kardiovaskular, kelenturan, daya tahan otot dan kekuatan otot.
Penulisan refleksi
individu ini bertujuan untuk menganalisis rekod antara pre post dan post untuk
melihat jika terdapat sebarang peningkatan, penurunan atau masih kekal dalam
ujian SEGAK dan ujian bleep test yang telah dijalankan oleh TESL 1. Pada ujian
pre post, catatan BMI saya ialah 19.7 yang terdiri daripada berat sebanyak 51
kg dan ketinggian 161 cm. ukuran BMI saya pada pre post menunjukkan komposisi
badan saya yang normal manakala catatan BMI saya pada ujian post pula ialah
20.7. pada ujian post berat badan saya sebanyak 53.6 kg manakala ketinggian
masih kekal iaitu 161 cm. Data ini menunjukkan peningkatan berat badan kerana
saya sepanjang jangka masa pre post dan post saya tidak mengamalkan cara
pemakanan yang sihat yang mengikut piramid makanan. Saya juga kerap makan
makanan yang berkalori dan lemak tinggi menyebabkan kenaikan berat badan.
Bagi ujian bleep test
pula, pada pre post saya mendapat skor sebanyak 2.8 manakala pada ujian post
saya berjaya mendapat skor sebanyak 3.7. ujian ini menunjukkan peningkatan yang
ketara. Hal ini demikian, saya telah melakukan aktiviti berjalan laju atau
berjoging pada hujung minggu ke pantai atau sekitar IPG bersama rakan-rakan
saya. Secara tidak langsung, aktiviti yang saya lakukan ini meningkatkan daya
tahan kardiovaskular saya.
Seterusnya, bagi ujian
naik turun bangku, kadar denyutan nadi untuk pre post adalah sebanyak 120
denyutan dalam seminit manakala pada ujian post kadar denyutan nadi saya tidak
berubah iaitu sebanyak 120 denyutan. Denyutan nadi saya kekal menunjukkan
metabolisme dan stamina tubuh badan saya tidak berubah dalam jangka masa pre
post dan post. Ujian tekan tubi pula, pada pre post saya telah melakukan ujian
tekan tubi sebanyak 28 kali. Bagi ujian post pula saya hanya mampu melakukan
sebanyak 21 kali sahaja. Hal ini menunjukkan penurunan yang ketara kerana
kekuatan otot biceps dan otot triceps saya yang semakin lemah. Otot kaki saya tidak
mampu untuk menampung berat badan saya dalam jangka masa melakukan ujian tekan
tubi itu selama berterusan. Faktor kenaikan berat badan juga merupakan salah
satu punca saya tidak dapat menampung berat badan saya.
Ujian ini banyak memberi manfaat dan banyak yang kami belajar selepas melakukan dan menjalankan aktiviti ini. Ujian ini memberi impak kepada kesihatan tubuh badan kita dan sangat wajar kita praktikkan dalam kehidupan harian supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat sama ada dalam dan luar tubuh badan.
No comments:
Post a Comment