NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan dalam mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak Milah telah bercita-cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di sekolah Inggerish, Adnan menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia telah menjadi guru pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar.
Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat berita bahawa Askar Melayu Diraja diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu, malah dua orang adik Adnan, iaitu Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak Milah yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya, Adnan dan kawannya, Mamat terpilih dalam menyertai askar. Mereka telah menjalani latihan selama setahun di Port Dickson.
Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia apabila pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu malah perkahwinan yang diatur juga seminggu daripada tarikh kepulangannya. Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan patuh akan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah
Adnan kembali ke bukit Candu untuk melaksanakan tugasnya selepas perkahwinan tersebut, isterinya ditinggalkan di kampung halaman bersama-sama ibunya kerana masih tiada kemudahan untuk dia dan isteri tinggal sekali. Beberapa lama berpisah, Adnan telah membawa Sophia dan anaknya tinggal sekali ketika dia bertugas di Pasir Panjang oleh sebab kemudahan seperti rumah telah disediakan untuk pegawai. Leftenan Adnan dan Sophia sempat tinggal selama setahun di bawah satu bumbung. Hal ini demikian, ada ura-ura Jepun ingin menyerang Singapura seterusnya menjajah Tanah Melayu. Oleh itu, Sophia dihantar pulang ke kampung halaman demi keselamatan anak-anak dan isterinya.
Episod getir bermula apabila Leftenan Adnan dan rakan seperjuangan berhadapan dengan serangan Jepun. Mereka menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang tinggi sehingga ke titisan darah yang terakhir.
No comments:
Post a Comment